www.skrpklang.com

Website sekolah SK Rantau Panjang, 42100 Klang , Selangor. Tel :03 3911582

Gambar Sekitar Solat Hajat Perdana 2010

solta hajat perdana

Ustaz Sobri mengetuai bacaan Yassin

solat hajat perdana

solat hajat perdana skrp


Berhubung perkara di atas, dimaklumkan bahawa Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG ) Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang( SKRP) dengan kerjasama Panatia Pendidkan Islam SKRP akan mengadakan majlis bacaan yaasin dan solat hajat perdana untuk murid tahun 6 adalah berdasarkan kepada ketetapan berikut:-

Tarikh : 5 Ogos 2010

Masa : 7.00 malam-9.30 malam

Tempat: Dataran Wawasan SKRP


Perkampungan Ilmu UPSR 2010

SKRP akan mengadakan Program Perkampungan Ilmu UPSR

Pada 9-11 Julai 2010, Jumaat Hingga  Ahad.

Tempat di Kompleks Rakan Muda Sementa

Harap Maklum.


 

Persembahan nyanyian oleh guru

Persembahan nyanyian oleh guru

Persembahan guru perempuan-dikir puteri

Persembahan guru perempuan-dikir puteri

Persembahan Murid

Persembahan Murid

SAMBUTAN HARI GURU SKRP

Sambutan  Hari Guru SKRP Klang telah diadakan pada 17 Mei 2010. Sambutan untuk Guru Sesi pagi dan petang diadakan secara berasingan. Pada tahun ini sambutan kelihatan lebih meriah kerana guru -guru memberi kerjasama seperti menyertai semua aktiviti yang telah diadakan. Pada sesi pagi guru-guru sesi pagi membuat persembahan nyayian dan juga lakonan oleh guru-guru lelaki  dan juga pakaian beragam.

Persembahan Guru lelaki sesi pagi

Persembahan Guru lelaki sesi pagi

Pada sesi petang pula guru perempuan sesi petang membuat persembahan dikir barat  manakala guru lelaki membuat persembahan nyanyian dan deklamasi sajak oleh Ustaz Azman dan juga cikgu Sayed. Pada sesi petang diadakan sukaneka yang dikendalikan oleh cikgu Redza. Tahniah kepada semua guru dan AJK sambutan hari guru yang terdiri dari ahli BAKEB  yang telah berjaya mengendalikan sambutan pada tahun ini dengan meriah sekali.-Gambar-gambar yang lain boleh tengok di Facebook SKRP

sukaneka -Guru sesi petang


SUKAN TAHUANAN kali ke 20

sukan skrp

sukan skrp

Rumah Merah. Rumah yang telah menjadi juara pada  tahun lepas.

sukan skrp

Kreatif- Hasil kerja daripada  guru rumah kuning makan terhasillah tebuan dengan tema ” Pasti menyengat dan memang menyengat dengan mendapat tempat pertama .

Guru Besar menyampaikan hadiah

Tuan Guru Besar menyampaikan hadiah kepada pemenang.

keputusan

Keputusan akhir.

Gambar-gambar yang lain boleh tengok di Facebook SKRP

sukan skrp


Hari Sukan SKRP Tahap 1

140420100071

Guru Besar sedang menyampaikan hadiah kepada pemenang

Acara sukan tahunan sekolah untuk tahap satu  yang bermula jam 1.30 petang tadi berjalan dengan lancar. Semua acara dijalankan dipadang SKRP . Murid tahap satu yang terdiri daripada  tahun satu, tahun dua dan tahun  tiga bermain berlainan permainan mengikut tahap kecekapan masing-masing.   Murid-murid yang memenangi acara sukan tersebut diberi medal . Acara pada petang tadi tamat jam 5.00 petang  dan murid dibenarkan pulang ke rumah lebih awal iaitu jam 5.30 petang


Kelebihan Solat Terawikh

solat terwikh

solat terwikh

 Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat terawikh pada bulan Ramadhan:
Malam 1  Keluar dosa dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2  Di ampunkan dosa dosa orang mukmin yang sembahyang terawikh serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).
Malam 3  Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawikh terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4  Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang orang yang membaca kitab kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al Quran.
Malam 5  Allah kurniakan baginya pahala orang orang yang bersembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjid Aqsa.
Malam 6  Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat batu dan tanah tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.
Malam 7 Seolah-olah ia mendapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.
Malam 8  Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawikh sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim “Alaihissalam.
Malam 9 Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Malam 10 Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan didunia dan di akhirat.
Malam 11 Kelauar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.
Malam 12 Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13 Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14 Datang Malaikat menyaksikan ia bersembayang terawikh, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15 Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16 Allah Subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
Malam 17 Allah kurniakan orang yang berterawikh pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-nabi.
Malam 18 Seru Malaikat: Hai! Hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).
Malam 19 Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya didalam Syurga Firdaus.
Malam 20 Allah kurniakan kepadanya pahala sekian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam 21 Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam 22 Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).
Malam 23 Allah Subhanahuwata’ala binakan kepadanya sebuah bandar didlam syurga daripada nur.
Malam 24 Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawikh malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).
Malam 25 Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.
Malam 26 Allah kurniakan kepada orang berterawikh pahala pada malam ini seumpama 40 tahun beribadat.
Malam 27 Allah kurniakan orang berterawikh pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotulmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28 Allah Subhanahuwata’ala kurniakan kepadanya 1000 darjat diakhirat.
Malam 29  Allah Subhanahuwata’ala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30  Allah Subhanahuwata’ala beri penghormatan kepada orang berterawikh pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: “Hai hambaku: Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan didalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammada S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’


Informasi Terkini

------------------------------ 15/05/2010 Gotong royong perdana akan diadakan di SKRP. Semua ibu bapa dijemput hadir ----------------------------------

Recent Comments

Tinggal Pesan


ShoutMix chat widget

Your Name*:

Your E-Mail*:

Recipients (Separated by commas):

Plugin created by Jake Ruston -