Dimaklumkan bahwa SKRP Klang telah mengambil cuti peristiwa sempena cuti awal Ramadhan yang dijangka pada 11 Ogos 2010 iaitu pada hari Rabu. Diharap ibu bapa mengambil perhatian hal ini.

cuti awal ramadhan skrp klang
Jul 28 2010
Posted by GuruSkrp as Cuti Sekolah, Program Sekolah, Uncategorized
Berhubung perkara di atas, dimaklumkan bahawa Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG ) Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang( SKRP) dengan kerjasama Panatia Pendidkan Islam SKRP akan mengadakan majlis bacaan yaasin dan solat hajat perdana untuk murid tahun 6 adalah berdasarkan kepada ketetapan berikut:-
Tarikh : 5 Ogos 2010
Masa : 7.00 malam-9.30 malam
Tempat: Dataran Wawasan SKRP
Sep 16 2009
Posted by GuruSkrp as Berita Semasa, Cuti Sekolah

Guru Besar SKRP
Bismillahirrahmanirrahim
ALHAMDULILLAH. Syukur kehadrat Allah S.W.T kerana atas keberkatan-Nya kita masih diberi ruang dan peluang pada tahun ini untuk sama-sama menunaikan ibadah puasa dan akan merayakan hari raya aidilfitri tidak lama lagi.
Dalam kehidupan, kita sering diuji dengan pelbagai ujian. Begitu juga dalam kita melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita semua. Semua ujian ini, baik semasa menjalani kehidupan dan tanggungjawab kita terhadap tugas yang diamanahkan dan memerlukan sifat sabar, tekun, rajin dan berdedikasi dalam melaksanakan semua tanggungjawab tersebut.
Kita harus sama turut berbangga, kerana dalam menghadapi pelbagai cabaran, desakan, dugaan dan masalah, para guru masih lagi mampu meneruskan tugas bagi melaksanakan amanat mendidik anak bangsa tanpa rasa jemu walaupun dalam keadaan lapar ketika berpuasa. Keikhlasan dan kejujuran yang ditunjukkan oleh setiap guru , merupakan input yang tidak ternilai dan menjadi kekuatan sebenar dalam meraih kecemerlangan prestasi sekolah .
Kepada semua calon UPSR dan guru-guru yang terlibat dengan UPSR berharap dan berdoa semoga pada kali ini kita akan mendapat keputusan yang lebih baik dan mencapai matlamat yang di sasarkan. Kesungguhan para guru saya ucapkan terima kasih. Hanya Allah SWT yang jua mampu membalas.
Di kesempatan ini, saya juga ingin menyeru kepada warga SKRP Klang pulang ke kampung dengan menaiki kenderaan sendiri supaya berhati-hati ketika memandu dan pastikan keluarga kita selamat sampai ke destinasi dituju. Kebetulan sekolah kita diluluskan cuti peristiwa pada 18/09/2009 iaitu pada hari Jumaat. Jangan jadikan hari gembira ini, hari berdukacita untuk kaum keluarga kita. Juga harus sama-sama kita beringat, rancanglah perbelanjaan masing-masing secara berhemah bagi mengelakkan perbelanjaan yang tidak perlu semasa musim perayaan ini.
Akhir kata, saya bagi pihak pengurusan SK Rantau Panjang Klang , ingin mengucapkan Salam Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh warga SK Rantau Panjang Klang. Semoga kita diberikan keberkatan dan kesejahteraan oleh Allah S.W.T, agar kita berpeluang menemui sinar Ramadan dan Syawal di tahun-tahun mendatang.
ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! WALILLAHIL HAMD
Sekian, terima kasih.
Shaharudin B. Abd Majid
Guru Besar SKRP Klang.
‘SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI’
Recent Comments