Jul 28 2010
Posted by GuruSkrp as Cuti Sekolah, Program Sekolah, Uncategorized
Berhubung perkara di atas, dimaklumkan bahawa Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG ) Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang( SKRP) dengan kerjasama Panatia Pendidkan Islam SKRP akan mengadakan majlis bacaan yaasin dan solat hajat perdana untuk murid tahun 6 adalah berdasarkan kepada ketetapan berikut:-
Tarikh : 5 Ogos 2010
Masa : 7.00 malam-9.30 malam
Tempat: Dataran Wawasan SKRP
May 18 2010
Posted by GuruSkrp as Bakeb, Pibg, Program Sekolah, Uncategorized

Persembahan nyanyian oleh guru

Persembahan guru perempuan-dikir puteri

Persembahan Murid

Sambutan Hari Guru SKRP Klang telah diadakan pada 17 Mei 2010. Sambutan untuk Guru Sesi pagi dan petang diadakan secara berasingan. Pada tahun ini sambutan kelihatan lebih meriah kerana guru -guru memberi kerjasama seperti menyertai semua aktiviti yang telah diadakan. Pada sesi pagi guru-guru sesi pagi membuat persembahan nyayian dan juga lakonan oleh guru-guru lelaki dan juga pakaian beragam.

Persembahan Guru lelaki sesi pagi
Pada sesi petang pula guru perempuan sesi petang membuat persembahan dikir barat manakala guru lelaki membuat persembahan nyanyian dan deklamasi sajak oleh Ustaz Azman dan juga cikgu Sayed. Pada sesi petang diadakan sukaneka yang dikendalikan oleh cikgu Redza. Tahniah kepada semua guru dan AJK sambutan hari guru yang terdiri dari ahli BAKEB yang telah berjaya mengendalikan sambutan pada tahun ini dengan meriah sekali.-Gambar-gambar yang lain boleh tengok di Facebook SKRP


sukan skrp
Rumah Merah. Rumah yang telah menjadi juara pada tahun lepas.

Kreatif- Hasil kerja daripada guru rumah kuning makan terhasillah tebuan dengan tema ” Pasti menyengat dan memang menyengat dengan mendapat tempat pertama .

Tuan Guru Besar menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Keputusan akhir.
Gambar-gambar yang lain boleh tengok di Facebook SKRP

Mar 11 2010
Posted by GuruSkrp as Berita Semasa, Program Sekolah
Notis Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-36
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk:
Sehubungan dengan itu , PIBG akan mengadakan Mesyuarat Agung pada ketetapan berikut:
Tarikh : 27 Mac 2010
Hari : Sabtu
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Dewan SK Rantau Panjang, Klang.
Oleh yang demikian tuan/ puan dijemput hadir. Borang persetujuan menghadiri mesyuarat dan borang usul/cadangan telah diedarkan kepada murid. Diharap tuan/puan dapat mengsisi borang tersebut bagi memudahkan perjalanan mensyuarat akan datang. Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan pihak sekolah menggunakan telefon atau emel sekolah email@skrpklang.com. Sekian terima kasih.
Kejohanan merentas desa SK Rantau Panjang telah diadakan pada 6 Februari 2010. Kejohanan ini bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 10 pagi. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat bekerjasama dalam menjayakan kejohanan ini terutama pasukan RELA dan juga polis trafik. Pungutan mata tertinggi pada kejohanan ini diperolehi oleh rumah merah. Tahniah.Gambar-ganbar yang lain boleh tengok di facebook skrp klang.




hari kanak-kanakhari kanak-kanak
Sambutan hari kanak-kanak peringkat Sk Rantau Panjang Klang yang dianjurkan oleh khidmat jiwa murni SKRP telah diadakan pada 6 November 2009 hari Jumaat. Sesi pagi majlis bermula pada jam 7.40 pagi dan berakhir jam 9.30 pagi. Pada sesi petang majlis bermula jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 4.00 petang. Antara tentatif program ialah penyampaian hadiah kepada murid mithali ,persembahan murid dan sambutan hari lahir .Selepas program berakhir murid beratur untuk mengambil makanan. Sekalung penghargaan kepada PIBG SK Rantau panjang,tuan pengusaha kantin dan semua guru SK Rantau Panjang dan kepada semua yang terlibat.

hari kanak-kanak
Sukaneka tahap satu SK Rantau Panjang telah berlansung pada 21/10/2009. Semua murid tahun 1, 2 dan 3 terlibat dengan sukaneka ini.
sukaneka skrp
LADAP pembestarian sekolah telah di adalan pada 3/10/2009. Pada LADAP ini guru didedahkan dengan ciri-ciri dan kepentingan pembestarian sekolah. Ceramah untuk LADAP ini telah disampaikan oleh En. Khairul Anuar Bin Abu Hassan dari SMK Meru.
Pembestarian sekolah
Untuk melihat gambar yang lain boleh klik pada http://gambar.skrpklang.com/v1/main.php?g2_itemId=77
Gambar sumbangan : Cikgu Azmeer Bin Ismail

sukan skrp

sukan skrp
-Gambar Oleh: Cikgu Norazrin Abd Razak
Latihan rumah sukan untuk pertandingan sukan tahunan sekolah telah bermula. Jadual latihan telah diedarkan kepada guru dan telah dimaklumi kepada murid. Latihan bermula pada jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi.
Oct 03 2009
Posted by GuruSkrp as Berita Semasa, Program Sekolah
Sambutan hari raya peringkat sekolah telah di adakan pada 2/11/2009. Murid-murid dibenarkan memakai pakaian hari raya. Jamuan ini dikendalikan oleh guru kelas masing-masing. Makanan dan juadah hari raya ada yang dibawa oleh murid seperti biskut dan juga kek. Ada sesetengah guru kelas membuat mee , bihun dan ada juga membeli KFC untuk jamuan hari raya. Jamuan hari raya tahun ini berjalan dengan lancar dan meriah sekali. Selepas menjamu selera murid-murid bersalam salaman dengan guru memohon ampun dan maaf. Gambar jamuan hari raya boleh lihat di sini http://gambar.skrpklang.com/v1/main.php?g2_itemId=51. Gambar adalah sumbangan daripada cikgu Azmee Ismail.
Recent Comments