www.skrpklang.com

Website sekolah SK Rantau Panjang, 42100 Klang , Selangor. Tel :03 3911582

Selamat Bercuti Warga Pendidik SKRP

Selamat bercuti kepada semua warga pendidik dan murid SKRP yang akan bermula pada 5/06/ 2010. Sekolah akan dibuka semula pada 21/06/2010 pada hari Isnin.  Kepada guru yang terlibat dengan kelas tambahan , jasa dan pengorbanan anda amatlah dihargai hanya Allah SWT jua yang mampu membalasnya.

Sekolah SKRP “kehilangan” dua orang guru yang banyak berjasa iaitu Ustaz Azman  ,guru petang , dan juga Cikgu Asyraf  guru Kemahiran Hidup merupakan Ketua Panatia Kemahiran  Hidup SKRP.  Tahniah juga kepada cikgu Kamal yang berjaya berpindah ke Kedah semoga mendapat kejayaan di sana. Kepada   Cikgu Sayed Mahazan ( GBK) dan juga Cikgu Azila selamat menempuh alam rumahtangga.  Selamat bercuti . Wassalam. -Admin skrpklang.com


 

Persembahan nyanyian oleh guru

Persembahan nyanyian oleh guru

Persembahan guru perempuan-dikir puteri

Persembahan guru perempuan-dikir puteri

Persembahan Murid

Persembahan Murid

SAMBUTAN HARI GURU SKRP

Sambutan  Hari Guru SKRP Klang telah diadakan pada 17 Mei 2010. Sambutan untuk Guru Sesi pagi dan petang diadakan secara berasingan. Pada tahun ini sambutan kelihatan lebih meriah kerana guru -guru memberi kerjasama seperti menyertai semua aktiviti yang telah diadakan. Pada sesi pagi guru-guru sesi pagi membuat persembahan nyayian dan juga lakonan oleh guru-guru lelaki  dan juga pakaian beragam.

Persembahan Guru lelaki sesi pagi

Persembahan Guru lelaki sesi pagi

Pada sesi petang pula guru perempuan sesi petang membuat persembahan dikir barat  manakala guru lelaki membuat persembahan nyanyian dan deklamasi sajak oleh Ustaz Azman dan juga cikgu Sayed. Pada sesi petang diadakan sukaneka yang dikendalikan oleh cikgu Redza. Tahniah kepada semua guru dan AJK sambutan hari guru yang terdiri dari ahli BAKEB  yang telah berjaya mengendalikan sambutan pada tahun ini dengan meriah sekali.-Gambar-gambar yang lain boleh tengok di Facebook SKRP

sukaneka -Guru sesi petang


Gotong Royong Perdana SKRP

Terima  kasih kepada semua ibu bapa dan guru yang menjayakan gotong royong perdana yang diadakan pada 15 Mei 2010.  Pihak sekolah juga mengucapkan terima kasih kepada PIBG sekolah kerana sudi memberi sumbangan dalam menjayakan gotong royong ini.

Gambar-gambar yang lain boleh tengok di facebook skrp klang cari facebook skrp dengan emel skrpklang@gmail.com

Gotong Royong perdana

gotong royong perdana

Gotong Royong

YDP PIBG


MAKLUMAN -Program Ladap

 

dsc_03946

Program Ladap seterusnya akan dijalankan pada

 Tarikh :12 Mei 2010

Hari : Rabu

Masa: Guru petang : 9.30 am -12.30pm Guru pagi : 2.00 pm-5.00 pm

Sebarang kemusykilan boleh berhubung dengan S.U Ladap GBK Cik Nurhayati BT Abd. Hamid


Gambar -Program Latihan Dalam Perkhidmatan

Ladap

Ladap

dsc_03921


SUKAN TAHUANAN kali ke 20

sukan skrp

sukan skrp

Rumah Merah. Rumah yang telah menjadi juara pada  tahun lepas.

sukan skrp

Kreatif- Hasil kerja daripada  guru rumah kuning makan terhasillah tebuan dengan tema ” Pasti menyengat dan memang menyengat dengan mendapat tempat pertama .

Guru Besar menyampaikan hadiah

Tuan Guru Besar menyampaikan hadiah kepada pemenang.

keputusan

Keputusan akhir.

Gambar-gambar yang lain boleh tengok di Facebook SKRP

sukan skrp


Hari Sukan SKRP Tahap 1

140420100071

Guru Besar sedang menyampaikan hadiah kepada pemenang

Acara sukan tahunan sekolah untuk tahap satu  yang bermula jam 1.30 petang tadi berjalan dengan lancar. Semua acara dijalankan dipadang SKRP . Murid tahap satu yang terdiri daripada  tahun satu, tahun dua dan tahun  tiga bermain berlainan permainan mengikut tahap kecekapan masing-masing.   Murid-murid yang memenangi acara sukan tersebut diberi medal . Acara pada petang tadi tamat jam 5.00 petang  dan murid dibenarkan pulang ke rumah lebih awal iaitu jam 5.30 petang


Hari Al-Mawadah- Murid Tahun Enam

hari mawadah skrp

hari mawadah skrp

Hari Al-Mawadah murid tahun enam SKRP  Klang akan diadakan pada 10 April 2010, iaitu pada hari Sabtu. Program ini akan diadakan di Dewan Budiman Sk Rantau Panjang bermula jam 8.00 pagi. Program ini adalah tajaan PIBG SKRP.  Diharap ibu bapa dan guru yang terlibat dengan program ini dapat memberi komitmen yang jitu supaya program ini berjalan dengan lancar.  Antara program yang akan dijalankan pada hari tersebut ialah ceramah motivasi dan juga sei ramah mesra ibu bapa dan guru.

Sebelum program ini berakhir murid-murid dikehendaki menandatangan aku janji . Program ini dijangkan akan selesai pada jam 12.30 pm. Guru-guru yang terlibat dengan program tersebut boleh merujuk Pn. Aida Suhana bt Md Jay sekiranya mempunyai masalah.


Terima Kasih Guru-guru dan Ibu Bapa

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Syukur kepada Allah SWT kerana mesyuarat agung PIBG kali ke 36 dapat berjalan dengan lancar dan teratur. Di ruangan maya ini, saya selaku penasihat PIBG Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang ( SKRP Klang) ingin mengucapkan ribua terima kasih kepada semua guru dan juga ibu bapa yang telah berusaha dalam memastikan mesyuarat agung kali ini berjalan dengan baik.Segala usul dan keputusan yang telah dibuat adalah untuk kepentingan anak-anak kita yang berada di sekolah ini, bukan untuk memenangi mana-mana pihak atau menguntungkan pihak-pihak tertentu.

Saya berharap semua pihak berpuas hati dengan apa yan telah diputuskan demi kebaikkan bersama. Sekali lagi saya menyeru, ibu bapa dan guru supaya terus member komen-komen dan juga cadangan untuk terus memajukan sekolah dalam semua aspek.

Seperti yang telah kita sedia maklum, untuk mendapat kesempurnaan 100% dalam sesuatu perkara adalah sukar , walau bagaimana pun kerjasama yang erat an perpaduan yang jitu mampu menghasilkan yang terbaik dalam menjalankan tugas masing-masing.

Sekian, terima kasih.

Sharudin Abd Majid

Guru Besar SKRP Klang.


Majlis  Tilawah Al-Quran , Hafazan  dan juga bercerita telah diadakan pada  1/ 04/2010 anjuran Unit Pendidkan Agama Islam dan juga J-Qaf. Gambar -gambar yang lain boleh tengok di Facebook skrp

dsc_0151

MQT

MQT

MQT

MQT

MQT

MQT

MQT

MQT


Informasi Terkini

------------------------------ 15/05/2010 Gotong royong perdana akan diadakan di SKRP. Semua ibu bapa dijemput hadir ----------------------------------

Recent Comments

Tinggal Pesan


ShoutMix chat widget

Your Name*:

Your E-Mail*:

Recipients (Separated by commas):

Plugin created by Jake Ruston -