Monthly Archive: May 2013

May 27

Selamat pengantin baru kepada cikgu Mohd Azhar

wpid-IMG_20130527_103123.jpg

Selamat pengantin baru kepada Cikgu Mohd Azhar yang telah melansungkan perkahwinan pada 25/05/2013 yang lepas. Cikgu Mohd Azhar salah seorang guru darjah satu di Sk Rantau Panjang dan telah berkhidmat di skrp dua tahun lebih. Cikgu Mohd Azhar telah memilih guru di Sekolah Menengah Rantau Panjang sebagai pasangan hidup.

May 26

Perasmian latihan intensif kawad kaki Sk Rantau Panjang Klang

wpid-20130524_221449.jpg

24 /05/2013-Perasmian latihan intensif kawad kaki telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar, Tn. Hj. Ahmad Shamsul Maarif. Majlis ini juga turut dihadiri oleh guru-guru yang terlibat. Semoga pasukan kawad kaki Sk Rantau Panjang mendapat johan pada rahun ini.

May 21

Program Bacathon 2013- Anjuran PIBG SKRP

Program Bacathon 2013

  Mesyuarat  Agung PIBG kali 39 sebulat suara memutuskan untuk mengadakan program Bacathon sebagai aktiviti untuk menambah dana PIBG. Pihak PIBG SKRP telah mendapat permit daripada pihak PPD Klang dan juga permit daripada pihak Polis untuk menganjurkan program ini. Kad Bacathon 2013 akan diedarkan kepada murid selepas daripada cuti sekolah nanti beserta dengan  surat edaran …

Continue reading »

May 18

Karnival frogasia @ SMT Klang

wpid-wp-1368843148246.jpg

1bestarinet telah mengadakan roadshow di Sekolah Menengah Tinggi Klang. Roadshow ini telah dihadiri oleh murid, guru dan juga wakil PIBG. Laman frog SKRP boleh diakses di https://bba0008.1bestarinet.net

May 17

Gambar Persembahan Guru Skrp sempena hari guru 2013.

wpid-wp-1368777667630.jpg

May 17

Sambutan Hari Guru SKRP 2013

wpid-20130516_123330.jpg

16 Mei 2013, merupakan sambutan hari guru yang bersejarah kerana setelah sekian lama guru sesi pagi dan petang nenyambut berasingan tetapi pada kali ini guru sesi pagi dan sesi petang menyambutnya bersama. YDP PIBG dan AJK PIBG dari kalangan ibu bapa turut hadir bagi memeriahkan lagi sambutan kali ini. Cikgu Jailani , YDP PIBG mewakili …

Continue reading »

May 17

Gambar persembahan murid petang SKRP

wpid-20130517_153220.jpg

Selamat hari guru..