«

»

Feb 01

Majlis perpisahan Ustaz Hussin

29 Januari 2014 -Majlis perpisahan Ustaz Husin diadakan di bilik guru dengan dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Hairulnizam. Puan Mary selaku penyelia petang telah diminta memberi ucapan ringkas dalam majlis ini.
“Ustaz Husin merupakan guru yang baik dan menjalankan tugas dengan baik dan banyak membantu pihak sekolah” kata Puan Mary

Puan Mary juga berharap Ustaz Husin akan meneruskan kerjaya dalam bidang perguruan dengan lebih cemerlang di sekolah baru nanti. Ustas Husin telah memohon pertukaran di sekolah kawasan Banting Selangor tetapi semakan melalui online permohonannya tidak diluluskan. Minggu lepas dia mendapat surat daripada JPS yang menyatakan permohonan dia telah berjaya.

Majlis diakhiri dengan ucapan daripada Ustaz Husin. Dalam ucapan yang ringkas itu Ustaz Husin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pentadbir dan kawan-kawan semua yang banyak membantunya dalam menyelusi kerjaya guru di Sk Rantau Panjang Klang. Ustaz Husin juga tidak lupa memohon maaf sekiranya terdapat silap dan salahnya sepanjang di SKRP Klang.

image

SKRP Klang merupakan sekokah pertama Ustaz Husin bertugas bermula tahun 2008.
“Sekolah pertama memang sukar untuk dilupakan seperti cinta kali pertama”.Kata ustaz Husin sambil bergurau sebelum menamatkan ucapannya.

image

image

image

image

image

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>