SEJARAH SEKOLAH
Mengikut data yang disimpan kemas dalam lipatan sejarah, sekolah ini telah diasaskan oleh penduduk kampung yang berganding bahu dengan guru pelawat bernama Encik Ibrahim dan Penghulu Raja Abdul Rahman pada 1914. Berikut adalah merupakan sedikit daripada petikan catatan di dalam buku Harian Sekolah beliau :
“ Maka saya Ibrahim second visit Teacher bersama Penghulu Raja Abdul Rahman telah dimulai buka sekolah Rantau Panjang ini……..kanak-kanak………. 47 orang…….. bangsa Palembang, Jawa, Banjar dan Bilah…………”
Hasil dari kerjasama mereka ini, maka terbinalah bangunan sekolah yang berukuran lebih kurang 40 kaki panjang dan 20 kaki lebar yang beratapkan nipah bedindingkan kayu.
Sekolah ini dahulunya dikenali sebagai :-
Sek Rantau Panjang
Sek. Melayu Rantau Panjang
Sek. Umum Rantau Panjang
Sejak tertubuhnya sekolah ini terdapat seramai 13 orang Guru Besar telah mentadbir. Di awal Tanah Melayu mendapat kemerdekaan sekolah ini mempunyai satu badan yang dikenali “ Authority Board ” yang dipengerusikan oleh Tuan Hj. Mohd Amin b. Hj. Mohd Moin.
Sewaktu tertubuhnya sekolah ini hanya 2 orang guru dan 47 orang murid sahaja. Dari tahun 1926 sehingga tahun 2002 banyak bangunan yang telah dibina dari hasil kerjasama Guru Besar, Jabatan Kerja Raya Klang, JJK kampung, PIBG dan Jabatan Pendidikan Selangor.
Sehingga 2002 sebuah bangunan sekolah baru telah didirikan memandangkan pertambahan murid begitu menggalakan. Bangunan itu mula digunakan pada Januari 2003. Kini bilangan murid SKRP , kelas dan juga tenaga pengajar kian bertambah dari masa kesemasa.
SKRP merupakan sebuah sekolah pinggir Bandar yang terletak di dalam mukim Rantau Panjang di Daerah Klang Selangor. SKRP di dalam kawasan Pusat Kegiatan Guru ( PKG ) Meru dan di bawah seliaan Pejabat Pendidikan Dearah Klang. Jarak diantara SKRP dengan PPD Klang lebih kurang 6 km. Jalan perhubungan utama ialah jalan raya. SKRP merupakan sekolah Gred A , yang mempunyai dua sesi persekolahan iaitu ( pagi dan petang ). Bilangan kelas adalah 37 sesi pagi dan 37 sesi petang.
SKRP diterajui oleh seorang Guru Besar dengan dibantu oleh barisan Penolong Kanan, seorang Penyelia Petang, Guru-Guru serta tujuh orang staf sokongan. Bilangan tenaga pengajar pula seramai 134 orang.
SKRP mempunyai kemudahan asas seperti 6 blok bilik darjah, 1 buah surau, 1 buah makmal computer ( 2 bilik ), 1 buah kantin dan 1 buah padang serta 2 bilik pra.
2.2 VISI SEKOLAH
Bertekad untuk menjadikan murid cemerlang, guru gemilang, SKRP terbilang.
2.3 MISI SEKOLAH
Berusaha mencapai kecemerlangan sekolah melalui pengembelingan semua sumber secara cekap dan berkesan.
2.4 MOTO SEKOLAH
ILMU SULUH HIDUP
Menjelaskan bahawa ilmu itu amat penting kepada setiap insan Ia diibaratkan sinar yang menerangi jalan hidup bagi mencapai kemajuan, kejayaan dan kecemerlangan di dalam hidup.
2.5 PIAGAM PELANGGAN
Kami warga Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Klang dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :
v MEWUJUDKAN SISTEM PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SEKOLAH YANG CEKAP, HARMONI DAN BERSEPADU UNTUK MENCAPAI VISI CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG.
v BERUSAHA MEMBERI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN YANG BERKUALITI DAN BERKESAN UNTUK MENINGKATKAN PRESTASI KURIKULUM, KOKURIKULUM DAN SAHSIAH MURID AGAR DAPAT MELAHIRKAN INSAN YANG BERILMU, BERKETERAMPILAN DAN BERAKHLAK MULIA.
v MEWUJUDKAN IKLIM SEKOLAH YANG KONDUSIF DENGAN SUASANA YANG BERSIH, CERIA DAN SELAMAT SERTA DISAYANGI OLEH KOMUNITI SEKOLAH.
v BERUSAHA MEMBERI ILMU DAN MEMBERI RUANG KEPADA SETIAP INDIVIDU MURID UNTUK MENGEMBANGKAN POTENSI SECARA ADIL DAN SAKSAMA.
v BERSEDIA MEMBERI PERKHIDMATAN “ MESRA PELANGAN “
2.6 LAGU SEKOLAH
ILMU SULUH HIDUP
Sekolahku yang indah
Kami bangga sentiasa
Wawasan Negara asas utama
SKRP tercinta
Berusaha hingga jaya
Kami terus mencuba
Cemerlang dicita kami bersedia
Tuhan bersama kita
Ilmu suluh hidup
Harga taida ternilai
Kuat azam dan cita
Mencapai matlamat diri
Jasa guru disanjung
Budimu tetap dihati
Bermotivasi berdisiplin diri
Amalan suci murni
Ciptaan senikata dan gubahan : Pn. Noriza Ishak & En. Azman
2.7 LENCANA SEKOLAH
MAKSUD LENCANA
KUNING*** Kepatuhan terhadap sistem pemerintahan Raja Berpelembagaan dan Kedaulatan Negara.
MERAH*** Sifat berani dan kecekalan pelajar di dalam menuntut ilmu pengetahuan.
BUKU TERBUKA, OBOR DAN KUNCI*** Keluasan ilmu yang harus diterokai dan dikuasai. Ilmu pengetahuan itu merupakan kunci utama dan cahaya yang membawa insan kearah kesejahteraan dan kemajuan hidup.
TANGKAI PADI BERPAUT WARNA HIJAU*** Kemakmuran dan keharmonian serta ketaatan kepada tuhan.
Recent Comments