Sep 15
Tindakan semasa jerebu
Aug 23
Permohonan kemasukan ke Tingkatan satu dan Tingkatan Empat Sekolah Berasrama Penuh (SBP) KPM Tahun 2020
Info Sk Rantau Panjang,
Permohonan kemasukan ke Tingkatan satu dan Tingkatan Empat Sekolah Berasrama Penuh (SBP) KPM Tahun 2020 dibuka mulai 27 Ogos 2019 hingga 27 September 2019.
Permohonan ini dibuka kepada murid-murid Tahun 6 pada tahun 2019 yang bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) dan Sekolah Kebangsaan (SK) , murid-murid Tingkatan 3 pada tahun 2019 yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK).
Murid-murid yang berminat boleh membuat permohonan di laman web SPDT1: www.sst1.moe.gov.my dan SPDT4: www.sst4.moe.gov.my
UNTUK MAKLUMAT LANJUT. LAYARI www.moe.gov.my
Sekian, terima kasih.
Aug 18
Semakan Keputusan Permohonan Tahun 1 ambilan 2020
Untuk semakan keputusan permohonan Tahun 1 ambilan 2020 boleh klik di link https://public.moe.gov.my/?survey=1&kpm= pastikan anda ingat katalaluan.
sekiranya anda terlupa katalaluan sila klik butang lupa katalaluan. Katalaluan anda akan dihantar ke email anda. Terima kasih
Jul 18
SEMAKAN PENEMPATAN TAHUN 1 2020
Assalamualaikum dan Salam Mahabbah…
SEMAKAN PENEMPATAN TAHUN 1 2020
Kepada Ibu Bapa / penjaga yang telah membuat pendaftaran tahun 1/2020 secara online, sila semak dan CETAK SURAT PENEMPATAN bermula 1 Ogos sehingga 30 September di https://public.moe.gov.my/
Tuan2 hendaklah hadir ke PEJABAT SKRP (pada waktu pejabat shj) untk MEMBUAT PENGESAHAN PENEMPATAN dengan MEMBAWA bersama2 cetakan SURAT PENEMPATAN…
Sekiranya tuan2 GAGAL membawa cetakan tersebut, caj sebanyak RM1 akn dikenakan sbg kos utk pihk pejabat SKRP mencetaknya.
#PEKA DAN PRIHATIN
#SEDERAP SEHASRAT CIPTA KECEMERLANGAN
Jan 01
Tiada kutipan sumbangan PIBG pada 2 – 4 Januari 2019
Makluman… Tiada kutipan sumbangan PIBG pada 2 – 4 Januari 2019 bagi memberi laluan persediaan persekolahan dan kelancaran PdP murid… Bayaran sumbangan boleh dibayar pada 7 – 11 Januari 2019 , bayaran terus ke pejabat @ kaunter khas yg akan diberitahu kemudian. Mohon kerjasama daripada semua ibu bapa… Mohon juga disebarluaskan makluman ini.. Terima kasih.
Sep 13
Peperiksaan Akhir Tahun sesi 2018
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Peperiksaan Akhir Tahun sesi 2018 adalah seperti berikut:
*4 Oktober 2018* – Bahasa Arab/Tamil
*15 – 19 Oktober 2018* – mata pelajaran elektif
*22 – 25 Oktober 2018* – mata pelajaran teras
Surat makluman dan jadual akan menyusul.
Terima Kasih.
IZYANI
S/U Peperiksaan
Sep 12
Program Solat Hajat Perdana 2018
Admin: Dengan segala hormatnya kami menjemput Ibu bapa dan murid tahun enam yang bakal menghadapi UPSR tahun ini ke Program Solat Hajat Perdana 2018. Bertempat di Masjid Ahmadi,
Pada tahun ini program Solat Hajat ini Kerjasama antara SK Rantau Panjang dan SRA Rantau Panjang serta Masjid Ahmadi Rantau Panjang.
Besar harapan kami semoga ibu bapa dapat meluangkan masa untuk ke program tersebut.
Harap dapat war-warkan program ini dan share poster ke group2 yang berkenaan. Terima kasih.
Recent Comments